Festival Antarabangsa Sungai Melaka merupakan acara tahunan yang telah dimasukkan di dalam kalendar acara tahunan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Bagi tahun 2016, terdapat 10 acara antarabangsa dan 30 acara domestik yang boleh disertai oleh semua tanpa mengira bangsa dan peringkat umur.



Antara acara yang utama Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2016 ialah Melaka Parade, Perarakan Bot Berhias, Marathon Antarabangsa Sungai Melaka. Pelbagai hadiah menarik turut menanti anda. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk turut serta menyertai acara-acara yang dipertandingkan sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2016. Jumpa anda di sana.

.