Melaka River Cruise Semperna Hari Kastam Ke -44

Sempena Sambutan Hari Kastam Ke-44, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menawarkan kemasukan percuma Melaka River Cruise kepada penjawat awam Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Melaka. Tawaran khas ini boleh ditebus bermula 26 Januari hingga 24 Februari 2026, dengan syarat penjawat awam JKDM perlu mengemukakan kad ID pekerja semasa penebusan tiket.

Sebagai penghargaan kepada jasa dan pengorbanan warga kastam, PPSPM turut menawarkan diskaun 50 peratus kepada pasangan dan anak-anak sepanjang tempoh promosi berlangsung.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen PPSPM dalam menyokong usaha Kerajaan Negeri Melaka memperkasa sektor pelancongan serta menghargai peranan penjawat awam dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.

CONTACT US

PERBADANAN SUNGAI DAN PANTAI MELAKA(PPSPM)
DATARAN PENGKALAN RAMA, PENGKALAN RAMA PANTAI, 75100 MELAKA.
Tel : +606-281 4322/23
Email : booking@melakarivercruise.my