π’πŽπ…π“ π‹π€π”ππ‚π‡πˆππ† ππ€πŠπ„π‰ (π‡πŽπ‡πŽ) : πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ πππ’ππŒ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐓𝐇𝐄 π’π‡πŽπ‘π„ & π’π–πˆπ’π’-𝐆𝐀𝐑𝐃𝐄𝐍 π‡πŽπ“π„π‹

14 Februari 2026 - Majlis Pelancaran Pakej Hop On Hop Off Cruise (HOHO) dan Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 yang berlangsung semalam di Ruang Shopping Galeri The Shore Shopping Gallery telah diserikan dengan kehadiran YB Tuan Low Chee Leong, Timbalan EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap Ahli DUN (Kota Laksamana) yang turut mewakili YB Datuk Wira Hj. Abdul Razak Abdul Rahman, EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan Negeri Melaka, sebagai tetamu kehormat dan perasmi majlis, sekali gus menyerikan lagi pelancaran rasmi pakej Hop On Hop Off Cruise (HOHO).

Pakej HOHO ini merupakan satu produk pelancongan baharu dibawah Melaka River Cruise yang diperkenalkan sebagai inisiatif menyokong usaha penguraian trafik di Negeri Melaka. Inisiatif ini selaras dengan aspirasi Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dalam pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan (Car Free Zone) di kawasan bandaraya Melaka, khususnya di Banda Hilir.

Dalam majlis yang sama, turut diraikan para pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) daripada tiga buah sekolah terpilih sekitar Kota Melaka yang bersama-sama memeriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina 2026. Majlis bertambah bermakna dengan penyampaian sumbangan β€œangpau” serta sesi Yee Sang, iaitu simbolik gaulan makanan secara beramai-ramai yang melambangkan kemakmuran, keuntungan, pertambahan rezeki dan tuah yang berpanjangan sempena Chinese New Year.

PPSPM yakin bahawa dengan sokongan padu pihak The Shore, khususnya Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan Swiss-Garden Hotel, pakej ini bukan sahaja memberikan nilai tambah kepada pengalaman pengunjung, malah memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara PPSPM dan The Shore dalam memperkasa sektor pelancongan negeri Melaka.

CONTACT US

PERBADANAN SUNGAI DAN PANTAI MELAKA(PPSPM)
DATARAN PENGKALAN RAMA, PENGKALAN RAMA PANTAI, 75100 MELAKA.
Tel : +606-281 4322/23
Email : booking@melakarivercruise.my