Coming soon
Coming soon
29 September 2025 - Seusai bersama delegasi media antarabangsa, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) turut menerima kunjungan beberapa Menteri Pelancongan antarabangsa bersama delegasi masing-masing ke Melaka River Cruise sempena Program Sisipan Hari Pelancongan Sedunia (WTD 2025) dan Sambutan Tahun Melawat Malaysia (TMM 2026) di Melaka.
Kunjungan delegasi ini merupakan peluang berharga untuk mengetengahkan produk pelancongan unggul negeri Melaka, khususnya Melaka River Cruise kepada para pemimpin pelancongan dunia. Delegasi menteri telah dibawa menyusuri Sungai Melaka melalui pengalaman pelayaran Melaka River Cruise yang memperlihatkan panorama tebing sungai yang sarat dengan warisan sejarah, seni bina unik serta mercu tanda ikonik yang membentuk identiti Bandaraya Melaka Bersejarah.
PPSPM terus memainkan peranan penting dalam memartabatkan Melaka River Cruise sebagai destinasi pilihan pelancongan, yang bukan sahaja menonjolkan nilai sejarah dan budaya, malah menjanjikan pengalaman unik kepada pengunjung dari seluruh dunia.
29 September 2025 – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) telah menerima kunjungan delegasi Media Antarabangsa ke ECO CRUISE SUNGAI LINGGI , Kuala Linggi, Masjid Tanah, sempena Program Sisipan Hari Pelancongan Sedunia (WTD 2025) serta Sambutan Tahun Melawat Malaysia (TMM 2026) di Melaka.
Sepanjang lawatan tersebut, para delegasi telah dibawa merasai sendiri pengalaman unik menyusuri Eco Cruise Sungai Linggi, iaitu produk pelancongan terbaharu di bawah Melaka River Cruise. Pelayaran ini mengetengahkan keunikan ekopelancongan yang menonjolkan keindahan flora dan fauna semula jadi, serta habitat buaya Sungai Linggi yang menjadi ikon semula jadi kawasan ini.
Lebih menarik, program ini turut diserikan dengan simbolik pelepasan anak buaya ke Sungai Linggi, yang telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Tuan Shaharul Azuar bin Idris. Inisiatif ini bukan sahaja mencerminkan komitmen PPSPM dalam usaha pemuliharaan alam sekitar, malah turut memperkukuh identiti Sungai Linggi sebagai destinasi ekopelancongan berpotensi tinggi di Melaka.
27 September 2025 - Kemeriahan Majlis Makan Malam sempena sambutan World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC) 2025 terserlah dengan persembahan memukau lebih 1,000 penari Zapin dari seluruh negara serta, Brunei dan Indonesia. Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan lain yang menambah seri serta merancakkan suasana pada malam ini.
Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) turut mengambil bahagian dalam majlis berprestij ini dengan seramai 20 orang kakitangan ditugaskan sebagai pengiring delegasi antarabangsa semasa berlangsungnya majlis.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kerajaan Negeri Melaka, khususnya kepada YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka, atas penganjuran majlis gilang-gemilang yang penuh dengan warna-warni.
Jangan lupa, esok malam pula akan diadakan Sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM26) di Encore, Melaka.
Mana lagi.. Melaka lerrr
28 September 2025 - Seluruh warga kerja Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Pasukan PPSPM B yang berjaya meraih tempat ketiga dalam Pesta Konda Kondi Peringkat Negeri Melaka.
Bersempena sambutan World Tourism Day (WTD) 2025 dan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026, Pesta Konda Kondi telah mencatat sejarah apabila menerima pengiktirafan Malaysian Book of Records atas penyertaan luar biasa yang diterima.
Semoga kejayaan ini menjadi suntikan semangat serta inspirasi kepada semua, khususnya warga PPSPM, untuk terus aktif dalam bidang sukan dan aktiviti riadah.
30 September 2025 - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menerima kunjungan Lagenda Kulinari Dunia, Chef Martin Yan ke Melaka River Cruise pada petang hari ini.
Kunjungan beliau bertujuan menjalani sesi penggambaran di samping mempromosikan Produk Melaka River Cruise kepada khalayak antarabangsa. Menurut beliau, pengalaman menyusuri Sungai Melaka adalah suatu keunikan yang tiada tandingan, dengan panorama warisan dan budaya yang tidak terdapat di mana-mana.
Mana lagi…. Melaka lerrr