rock-climbing

                                                                                                                                                                              Rock Climbing

Cabar diri anda dengan memanjat tembok setinggi 25 kaki di Taman Tema Pirate Park. Cuba dan terus mencuba sehingga anda dapat menyentuh dan membunyikan loceng yang terletak diatas wall climbing ini. Seramai dua orang dapat memanjat pada masa yang sama. Cabar diri anda untuk mencatatkan masa terpantas atau berlumba dengan rakan dan ahli keluarga anda untuk melihat siapa yang tiba dipuncak dahulu.

Para pengunjung yang mahu bermain wall climbing ini akan dipakaikan harnest dan seorang kakitangan akan memegang tali keselamatan. Jika anda mahu turun hanya perlu lepaskan tali dan kakitangan kami akan membantu anda untuk turun dengan melepaskan tali keselamatan sedikit demi sedikit.